Pages

Labels

Monday 28 August 2017

SELAMAT DATANG!

Selamat datang ke Rangkaian Taska Tadika PINTAS.

Perkhidmatan 'One Stop Centre' untuk pendidikan anak anda untuk semua lapisan




masyarakat.
 

Kelebihan alumni

"Dan ingat! ... ", Pak Harfan berhenti. Dia merenung anak-anak Muridnya. Semuanya khusyuk mendengar. Diam, diam dan diam. "Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya", sambungnya. Itulah sedutan dari filem bertajuk Laskar Pelangi. Filem yang amat menakjubkan ini diadaptasi dari novel, karangan Andrea Hirata yang tercatat sebagai buku sastera Indonesia yang terlaris sepanjang sejarah. Novel ini dinukil dari kisah benar yang dialami penulis. Bahkan filem ini telah ditonton oleh lebih jutaan peminat filem di serata dunia. Berita baik untuk ibubapa dan pelajar iaitu pihak pengurusan tadika akan menubuhkan alumni smart muslim kids secara percuma bermula 2014. Syaratnya cukup mudah samada 1-bekas pelajar tadika kami minima 2 tahun 2-bekas pelajar taska kami minima 2 tahun 3-bekas peserta program motivasi dan kem solat 4-umur 12 tahun ke atas Kelebihan alumni 1-peluang mendapat hadiah@insentif untuk bekas pelajar yang cemerlang disekolah 2-mendapat diskaun untuk sebarang program yang dianjurkan termasuk ibubapa 3-mendapat diskaun untuk produk-produk yang dijual 4-dimasukkan ke dalam group khas facebook yang memberikan tips belajar daripada pelajar cemerlang, motivasi & keusahawan 5-dapatkan nasihat dari senior pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Luar negara berkaitan bidang kerjaya * ada yang menjadi pelajar cemerlang dan anugerah dekan 6-berpeluang mendapat tips keusahawanan dengan mereka yang berpengalaman * ada yang umur 28 tahun sudah menjadi jutawan berniaga Menarik bukan ! Tunggu info lanjut dari pihak kami akan datang. Anda pasti mendapai nilai yang lebih dengan memilih kami insyaAllah.:)

Tentang alumni

Assalamualaikum, group alumni Smart Muslim Kids ditubuhkan untuk mengumpulkan bekas para pelajar Tadika Pintar Anak Soleh, Tadika Pintas Rabbani, Taska Pintas Rabbani, Smart Muslim Kids serta yang pernah mengikuti program-program motivasi, kem solat & pelbagai lagi yang dianjurkan oleh pihak kami. Melalui group ini kami akan kongsikan tips-tips pembelajaran, video motivasi, tazkirah dan pelbagai lagi. Malah kepada pelajar yang ingin mendapatkan pengalaman daripada pelajar universiti juga boleh. Kami berharap semoga pelajar tadika kami akan menjadi pelajar yang bukan hanya cemerlang di tadika bahkan sehingga kerjaya mereka. Mudah-mudahan diberkati Allah SWT "Pembelajaran sepanjang hayat" “Those people who develop the ability to continuously acquire new and better forms of knowledge that they can apply to their work and to their lives will be the movers and shakers in our society for the indefinite future.”